Saturday, February 06, 2010

Jiwa yang beruntung

Tadi, gi jalan-jalan, jumpe mamat ni, muke sebijik cam Ustaz Asri. Adey, tapi bukan dia la, memang orang lain. Huks.

Banyak menulis kebelakangan ni, tapi last-last simpan sendiri jek. Rasa macam tak sesuai nak publish. Mungkin di masa-masa depan.

Rasa macam dah ok. Rasa dah sembuh dari sesuatu. Sembuh dari perasaan marah mungkin. Tak tau la kalau ditrigger lagik, atau mentrigger jadinya camna. Setakat ini ia stabil. Marah itu perasaan yang bahaya. Jika kita terlalu cepat marah, kita orang yang lemah. Itu hakikat. Dan, jika perkara atau peristiwa tuh dah berlalu, bila kita recall, kita rasa lagik marah yang sama, sakit kat dada, jantung gerak cepat, nafas laju, muka jadi merah..itu lagik bahaya. Klau ikut kajian psycology, marah itu hanya 4 minit. Jika berlanjutan hingga ke seterusnya, 1 jam, 3 jam, 2 minggu, atau 2 tahun, ia sudah mencapai perasaan dendam. Sangat bahaya kepada jiwa.

I'm shock too, how I can react like that, ia bahaya kepada diri ini, kerana Allah dah sediakan tempoh yang panjang, untuk aku berlatih mengawal marah dan bersabar dalam berdepan dengan sesuatu situasi. Ia mampu dikawal selama ini. I've never been in that state for years rasanya. Namun yang baru lepas ni, I feel sad, sedih dengan perilaku sendiri. Sebab, aku membuka jalan yang besar dengan membiarkan diri dengan perasaan itu.

Sakit bila recall. Sakit sangat. Sampai bergetar rasanya. Sakit sangat kat dada sampai leh rasa tajam dia. Ya Allah, menyucuk. Syukurla semua tuh dah hilang. Rasa lebih tenang sekarang. Taknak rasa marah camtuh. Bila marah camtuh, bukan senang untuk berhadapan dengan situasi-situasi lain, akan cepat nak marah nanti. Even lepas tuh, untuk berdepan dengan situasi-situasi lain, dok tahan je marah. Tahan marah tuh berbeza dengan sabar. Tahan marah tuh penat. Sabar tuh nikmat.

Skang dah ok. Cuma meneliti kembali, kenapa boleh marah sampai macam tuh. Marah sampai berlanjutan berminggu-minggu sakit dia. Its not me. I dont want that version of me. Owh. Ya Allah maafkan aku.

Lebih kepada rasa dihukum rasanya. Dihukum kerana kesalahan, my heart something wrong. Jika itulah yang terjadi. Memang jelas, hati ini tidak mengingat Allah. Memang jelas, hati ini tidak meletakkan Allah sebagai pengantara dalam menyelesaikan sesuatu peristiwa. Itu yang aku kesalkan.

Byk bermeditasi kebelakangan ni dan menenangkan fikiran. Hanya melalui. Melalui terus. Banyak juga membaca tentang takdir dan memahaminya.

Ingat haritu aku cakap ngan Aman, naper rasa susah sangat kebelakangan ni, I mean perasaan dalam melalui sesuatu tu. Apa Allah dah tinggal aku ker? Dulu, aku berhijrah kepada lebih baik, seolah-olah segala-galanya dipermudahkan, mudah untuk aku lalui.Mudah untuk aku dapat sesuatu. Macam Allah bukak jalan.Tapi skang? Rasa segalanya tak menjadi. Seriously sometimes I feel that. Ker aku yang tak bersyukur?

Jawapan Aman pada aku. Mudah je. Itu ujiannya. Aku pun rasa macam tuh kata dia. Tapi takper, rasa diuji. Dulu, bila kita berhijrah, rasa Allah tolong banyak kan? Tapi skang, Allah nak uji pulak, jika kita tak dapat sesuatu, jika kita tak rasa mudah nak lalui sesuatu, Allah nak uji, samada kita akan terus tetap percaya atau putus asa pada Dia. Ang percayala, ini ujian Allah buat kita.

Jika ini ujian yang perlu dilalui Ya Allah. Apa lagi jawapan kami, selain terus menghadapi apa saja yang merintangi. Takdir tetap akan berlaku, sabar atau tidak. Ia terus berlaku lalu berlalu. Namun bagi mereka yang melalui setiap takdir yang tidak menepati perancangan kita itu, dengan penuh kesabaran, kita masih berada dalam keberuntungan. Itu nasihat aku kepada diri sendiri. Jangan pernah biar diri rugi.

I recall. Rasanya dulu penah aku tulis, aku cam telah lama berada di bahagian pertahanan. Rasa nak kembali kepada role sebagai penyerang. Namun, skang, aku akan terus berada di bahagian pertahanan, selama mana Allah nak aku kat sini. Aku taknak lawan lagi apa yang Allah nak beri kat aku. Pasti ada hikmahnya.

Putus asa dari rahmat Allah? Tidak mungkin. This is my goal untuk berada dan terus berada sehingga saat aku meninggal dunia, dalam agama yang paling benar dan tiada tandingannya ini. Aku harap Allah pelihara aku dalam agama ini.

Agak lama masa yang aku ambil, untuk merasa rela di bahagian pertahanan ni. Relanya, setelah aku melihat semula kronologi diri. Semata-mata diri. Adakah ia lebih baik dari semalam? Pembaikan dari sudut mana lagi yang diperlukan sejak aku mula mengenal dan mencari Allah.

Diri kita tetap diri kita. Kita tak boleh bandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain. Setiap dari kita ada jalan cerita sendiri. Dan untuk mengenal pasti hikmah, duduk berdua dengan Allah, dan melihat serta merenung, apa yang Allah nak ajar kali ni. Lihat kembali, apa aku lebih baik dari dulu. Lihat dengan teliti, bagaimana di masa-masa lepas , ujian apa yang telah Allah sediakan pada kita dalam melatih kita untuk lebih dekat kepadaNya. Lihat kembali, berapa banyak masa yang telah Allah sediakan untuk kita terbiasa dengan suatu sikap yang baik itu? Setelah melihat kembali, ada sesetengah pembaikan, mengambil masa sehingga mencecah ke 3 hingga 4 tahun, untuk membiasakan diri dengan perkara tersebut. Nothings too fast.

Cuma, ada sesetengah pembaikan, yang seolah-olah kita yang merancangnya. Kita ingin berada dalam ujian tersebut. Maksudnya, Allah ilhamkan kita keinginan yang sesuai dengan takdir kita. Namun, ada kalanya, sesetengah perkara berlaku, di luar perancangan kita, sesuatu yang kita taknak sangat-sangat. Tetapi itulah ketetapan yang Allah dah tetapkan buat kita.

Berada dalam situasi yang kita inginkan, pastinya terasa lebih mudah, terasa dicabar, namun inilah cabaran yang aku inginkan. Seronok berada di dalamnya.

Namun berdepan dengan suatu ketetapan, yang jauh dari keinginan, pastilah ada sesak di dada ni. Ia jauh dari perancangan, jauh dari keinginan. Ujian perasaan tuh lebih tinggi. Keserabutan itu ada.

As for me, berada dalam situasi yang diinginkan, walaupun penuh cabaran, ia mudah, kerana kita meneruskan tindakan, teruskan tindakan. Namun berada di dalam situasi yang tidak diinginkan, kita perlu lebih banyak bertenang, berdoa, meminta kekuatan untuk mendapat perancangan dan tindakan yang tepat. Ia bukan saja memohon kekuatan untuk tindakan, namun memohon kekuatan untuk perancangan. Tak jadi diolah dan diolah lagi. Ia lebih menekan.

Namun inilah yang dinamakan kehidupan. I can be calm enough, dengan izin Allah jua, aku melihat apa yang Allah nak ajar aku kali ini. Dunia ini suatu permainan kan. Kita layak diuji dengan apa saja yang Allah nak uji kita. Kita boleh jatuh tersungkur dari tangga paling atas. Namun jangan pernah quit dari rahmat Allah. Dunia ini adalah satu perlumbaan. Teruskan perjalanan. Hanya ada 2 jalan. If u quit from Allah, u friend from hell will welcome u then.

Terus teguh di jalanNya.

Allah ada.Allah Melihat. In this condition, ada sudut ini. Ada sudut itu. Sana sini, semuanya perlu diuruskan. Kadangkala, sudut ini kita rasa hukuman. Hukuman atau hikmah? Berbolak balik rasanya untuk menguruskan sudut-sudut kehidupan ni. Namun aku perlu tetap bertenang. Untuk melihat hikmah saja, kadangkala mengambil masa. Masa berlalu, dan kehidupan perlu diteruskan. Bagaimana jika belum dapat melihat hikmah? Keserabutan itu wujud. Kerna aku perlu Allah, dan perlu hikmah itu untuk aku teruskan perjalanan.

Di sinilah terujinya keimanan kita kepada Allah. Allah yang Maha segala-galanya.

I've been in dental treatment, dalam 3 bulan rasanya. Pegi sana 2 kali seminggu. I know nothing about dental. Risau jugak ni gigi aku tau. Namun, aku cakap kat diri aku, walaupun derank ni student, they have been studied kat dental hospital ni, for 4 years. Derank dah belajar, so have faith dengan kepakaran mereka. Untuk menjayakan sesuatu, both kene ada keyakinan yang kuat. This is their field. Percaya. Everything will be alright.

Dalam masa dok pegi tuh, aku salu ty apa derank wat sebenarnya kat gigi-gi aku ni, kita belajar dari derank jugak la, tahu jugak terms dental sikit, pastu alat-alat, macam-macam jugakla bleh tau kalau rajin nak bersembang. Alhamdulillah, semuanya ok.

Skalik tuh aku dok merenung, dalam keta. Aku pecaya ja kat depa ni. Serah bulat-bulat sebab keyakinan aku dengan kepakaran depa. Aku serah gigi ni. Sebab ini bidang mereka. Aku ty diri aku balik, Allah tuh kepakarannya apa Jie? Ia pakar dalam bidang apa?

Aku sambung renunangan itu, katakanlan aku ada kawan, yang tahu semua benda. Nak penyelesaian pasal apa? Astronomi, psycology, perubatan, computer, sumer tahu. Dan, kawan aku ni jugak, kaya orangnya, lagi dermawan. Lepas tuh, baik pulak, semua sifat terpuji ada kat dia. Apa aku percaya tak kat dia untuk ceritakan semua masalah aku? Pasti pecaya. Dalam banyak-banyak kawan, aku nak pilih sapa untuk mintak penyelesaian? Kalau ada kawan camni, pasti dia. Apa aku yakin dengan penyelesaian dia? Sudah pasti! 100%. Dia tak pernah salah, paling tepat, paling bijak, paling pemurah, segala jenis kebijaksanaan dan kebaikan ada pada dia. Sungguh aku serahkan saja segala-galanya pada dia.

Siapa yang paling serupa imaginasi itu? Allah!

Apa yang manusia-manusia sekeling kita ni tahu jie? Sedang bumi dulu disangka ada hujungnya. Sedangkan bumi itu bulat. Manusia-manusia ini masih jauh tidak mengetahui tentang rahsia sebenar bulan, namun Allah pasti tahu. Bulan, bintang, bumi, langit, kehidupan segalanya di bawah kekuasaan Dia!

Siapa paling tahu tentang kehidupan Jie? Sudah pasti Allah.
Siapa yang menciptakan Jie? Allah jua.
Siapa yang paling sayang Jie? Allah.

Allah tak pernah meninggalkan kita semua. Allah tahu setiap rincinya. Cuma, kali ini, berserah sepenuhnya kepada Allah. Suatu sikap yang jauh dari Jie. Yakin. Kadangkala, hikmah tuh tak dapat kita capai dan gapai dengan cepat. Namun, dalam berdepan dengan sesuatu situasi, pastikan ada tenang kerna keyakinan, yang Allah itu Maha segalanya. Tak pernah ada suatu perkara, yang Allah tetapkan, untuk membuat porak peranda dalam jiwa dan hidup kita. Tak perlu keyakinan dari orang lain. Hanya Allah.

Serahkan padaNya.

Mohon ilham dari Allah untuk perancangan dan tindakan yang tepat. Berserah tidak bermaksud tidak merancang. Merancang itu perlu. Merancang itu tetap sebahagian dari kehidupan. Bayangkan hidup, yang tiada arah, tiada cita-cita, dibiarkan lalu begitu saja, risau kita menjadi seseorang yang tidak menghargai masa. Namun tetap ingat, kita merancang, Allah yang menentukan. Hidup kita ini, jika berniat untuk satu kebaikan, sudah dapat pahalanya bukan? Berniat, dan merancanglah untuk yang lebih baik dan indah itu. Niatkan sebagai ibadah.

Namun insaflahhhh, hasilnya itu tetap milik Allah! Jangan terlampau bersedih jika hasilnya bukan seperti yang diinginkan. Jangan pula terlampau bangga, dengan kejayaan kita. Semuanya ujian disisiNya. Allah sudah lebih tahu, tentang segala itu.

Di suatu pagi, aku merenung bunga.

Bunga bougenvilla. Merah mekar.
Namun bunga di bawahnya, sudah layu. Tinggal masa untuk gugur. Dan kemudian mereput.

Kemudian aku menyuruh aku mendongak melihat matahari.
Cahayanya bagus sekali. Terang, sinar memancar, tak pernah lelah atau kurang setiap hari.
Seperti ada suara bertanya - Kemudian apa? Apa jadinya kepada matahari ini?
Jawabku, gelap. Suatu hari nanti, ia bakal gelap.

Bunga itu, walau segar tumbuhnya, bakal layu. Matahari itu, bila tiba masanya, bakal gelap. Pokok itu juga, tak mungkin lagi ada, kerana ia bakal hilang, dalam bumi yang sudah meranap. Segalanya hanya akan tinggal mendatar. Tiada lagi rumah ini, tiada lagi myV ku ini.

Suara itu datang lagi - Tubuhmu jadi apa?
Jawabku - Mereput, hancur luluh, menjadi tanah.

Ya. Seperti ia membuat konklusi - Segalanya akan hilang Jie. Hancur semuanya.

Suara itu bertanya lagi - Habis dari dirimu itu yang tinggalnya apa?

Berfikir sebentar.....

Jawabku - Jiwa. Yang tinggal hanya jiwa. Jiwa ini yang telah dari dulunya hidup bukan di dunia , kemudian, ia datang didunia untuk diuji. Dan seketika dunia ini dan semuanya tiada lagi, termasuk jasadku ini, yang tinggal hanya jiwa ini.

Ya jiwa itu. Jadi yang paling penting apa Jie?

Jawabku sekali lagi - Jiwa.

Kata orang, hidup seperti roda. Sebentar berasa berada di atas, sebentar berasa berada di bawah.

Atas atau bawah tidak terlalu penting kerna bukan kita yang mengawal roda. Kita melaluinya.

Yang penting, JIWA itu, saat berada di atas atau di bawah,

Perlu ia sentiasa mengingat Allah.


Bumikan hilang, jasadkan hancur. Yang ku bawa hanya jiwa. Biar ia tak mungkin sempurna, namun ia tetap menuju ke sana, Allah yang Maha Bijak dalam mengukurnya.

Berasa berada di atas, atau di bawah, tak pernah Allah letak suatu situasi, yang menghalang kita untuk terus beribadah padaNya.
Sedang itulah matlamat asal kita.

Monday, February 01, 2010

Serasikan takdir dan takdbir

27 Januari 2010 pada 9:28 pm (Kemudi Hati)
Tags: , , ,

Alhamdulillah, sepanjang pengendalikan blog gentarasa ini saya mendapat kerjasama yang baik daripada ramai sahabat-sahabat rapat. Daripada Ustaz Adib yang memulakannya, sehingga Ustaz Faisal yang begitu komited memberi input dan cadangan dari semasa ke semasa. Saya tidak sangka sama sekali, gentarasa sampai ke tahap ini. Walaupun pencapaian ini masih kecil, tetapi ia sudah terlalu besar buat saya. Syukur, medan dakwah semakin terbuka. Dan saya gembira untuk meneruskannya.

Mulanya, saya sekadar ingin berkongsi. Namun kini ia sudah menjadi satu tanggungjawab dan amanah. Pada sahabat-sahabat saya di Fitrah Perkasa dan Telaga Biru, saya sangat menghargai sokongan saudara-saudari. Dalam kesibukan menulis buku (oh ya… buku terbaru saya akan terbit, bercerita tentang mujahadah), mengendalikan program dan berceramah, syukur masih ada tenaga yang direzekikan Allah untuk saya memasukkan entri-entri baru dalam blog ini.

Ramai dan banyak yang telah saya temui dalam hidup ini. Syukur kerana Allah terus sudi menemukan saya pada ramai/banyak kebaikan berbanding keburukan. Ada yang kita sangka kaca tetapi permata, ada pula kaca walaupun pada awalnya kita sangka permata. Yang tidak serasi pergi, dengan ucapan semoga dia menemui yang lebih baik dari kita. Dan kita bersangka baik, yang terbaik untuk kita akan datang mengganti.

Dalam usia yang semakin ke hujung ini, apa yang kita harap ialah yang baik-baik sahaja. Tidak mahu kekecohan, inginkan ketenangan. Berpada-pada dengan apa yang ada tanpa merencatkan usaha untuk mendapat yang lebih berkat. Bersendirian… tidak kesunyian. Di tengah ramai… tidak pula kelelahan. Ada masa untuk tafakur di rumah Allah dengan zikir dan wirid yang istiqamah. Ada masa untuk keluarga dengan pelbagai karenah tetapi tetap sakinah. Konsisten keluar berdakwah dan mentarbiah dengan niat untuk memperbaiki diri sendiri. Dan mendapat rezeki yang secukupnya hingga boleh diagih-agihkan kepada orang lain yang memerlukan.

Satu pesanan yang sering menjadi ingatan: Bergembiralah membuat kebaikan tanpa diketahui oleh orang lain. Jauhilah dari riya’, sum’ah dan ujub. Sedikit amalan, dengan ikhlas lebih baik daripada banyak tetapi dicelahi oleh rasa sombong. Bila berjaya melakukan kebaikan, jangan memperkecilkan orang lain. Justeru, masih ada manusia yang tidak dikenali di bumi tetapi sangat tersohor di langit sana. Kebaikan jangan dianggap jasa, tetapi anggap sahaja penebus dosa.

Buat semua yang membaca… doakan aku, insan kerdil yang sering patah dalam mujahadah ini. Aku ingin segala-galanya indah, ceria dan tenang… namun siapalah aku? Kau, aku dan kita cuma seorang hamba. Pada kita ada tadbir. Tetapi pada Allah segala Takdir. Lalu usaha kita hanyalah… menserasikan tadbir mengikut Takdir!

Terimalah tulisan ini: SERASIKAN TADBIR DAN TAKDIR!

Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hamba-Nya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Alhamdulillah.

Namun acapkali juga takdir dan tadbir bersalahan, bertentangan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan terjadi. Kita ingin putih, hitam pula yang menjelma. Kita dambakan kejayaan, kegagalan pula yang menimpa. Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena?

Ketika itu hatipun merintih… semuanya telah kutadbirkan, tetapi kenapa gagal jua? Ketika itu timbullah bunga-bunga ’pemberontakan’ dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan ketentuan Allah yang maha Perkasa. Samada di sedari atau tanpa disedari… kita menyalahkan segala – daripada diri sendiri, orang lain sehinggalah kepada Allah.

Takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmah. Ia mengandungi mehnah (didikan langsung dari Allah) yang kekadang tersembunyi daripada pengamatan fikiran biasa. Ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat, akan menyebabkan kita terkapa-kapa dalam ujian hidup tanpa pedoman yang tepat.

Justeru dengan akal semata-mata kita tidak akan dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak sejalan dengan diri dan kehendak kita. Mengapa terjadi begini? Sedangkan aku telah berusaha?

Untuk mengelakkan hal itu terjadi maka kita mesti berusaha mencari-cari hikmah-hikmah yang terkandung dalam ketentuan (takdir) Tuhan. Ya, hanya manusia yang sempurna akal (ilmu) dan hati (iman) sahaja dapat menjangkau hikmah yang terkandung di dalam cubaan dan bala yang menimpa duirinyanya. Kata orang, hanya jauhari mengenal manikam.

Orang yang begini akan menjangkau hikmah di sebalik takdir. Dapat melihat sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat. Ya, mereka tidak akan beranggapan bahawa sifat lemah-lembut Allah luput daripada segala takdir-Nya – samada yang kelihatan positif atau negatif pada pandangan manusia.

Ertinya, mereka merasai bahawa apa jua takdir Allah adalah bermaksud baik. Jika sebaliknya, mereka merasakan bahawa Tuhan bermasud jahat dalam takdir-Nya, maka itu petanda penglihatan hati tidak jauh, dan akalnya pendek.

Mengapa terjadi demikian? Sebab iman belum mantap, keyakinan masih lemah dan tidak kenal Allah dalam ertikata yang sebenarnya. Bila ketiga-tiga faktor itu sempurna, maka barulah sesorang itu mampu melihat bahawa di dalam cubaan dan bala yang ditakdirkan mengandungi hikmah-hikmah yang baik. Hanya dengan itu, seseorang itu akan merasa senang dan bahagia dalam menghadapi sebarang ujian dalam hidupnya.

Bagaimana kita dapat meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup? Ya, hanya pertalian hati seorang hamba dengan Allah sahaja yang menyebakan ringannya ujian dan cubaan. Hati yang disinar dengan cahaya Allah dan cahaya sifat-sifat-Nya akan berhubung dengan Allah. Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.

Bila kita kenal Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad (yakin) kita semua ketentuan Allah itu adalah baik – ujian itu pasti ada muslihat yang tersembunyi untuk manusia, akan menyebabkan hati terubat. Walaupun pahit, ditelan jua. Sematkan di hati bahawa pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik tapi kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila terjadi nanti, barulah kita tahu.

Katalah kita ditimpa penyakit atau kegagalan… itu mungkin pada hakikatnya baik pada suatu waktu nanti. Betapa ramai, mereka yang sakit, tetapi akhirnya mendapat pengajaran yang besar di sebalik kesakitannya. Contohnya, apa yang berlaku kepada Cat Steven… yang sakitnya itulah yang menyebabkan beliau mendapat hidayah dan akhirnya memeluk Islam?

Dan betapa ramai pula yang gagal pada mulanya tetapi dengan kegagalan itu bangkit jiwa juang yang lebih kental yang akhirnya membuah kejayaan? Hingga dengan itu masyhurlah kata-kata bahawa kegagalan itu hakikatnya adalah kejayaan yang ditangguhkan!

Para ahli hikmah (bijaksana) merumuskan bahawa, antara hikmah ujian ialah, hati akan lebih tumpuan kepada Allah. Dengan ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan penghadapannya kepada Allah. Sebab bala dan ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan dan syahwat manusia, seperti sakit, rugi, miskin dan lain-lain.

Dengan ini nafsu akan terdesak, tidak senang dan ingin lepas daripada ujian. Bila nafsu terdesak, ia akan terdidik secara langsung. Ia akan tertekan dan menjadi jinak. Hakikat ini akan membuka pintu rahmat Allah kerana nafsu yang liar sangat mengajak kepada kejahatan. Bila nafsu hilang kekuatannya maka manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa dan maksiat dengan mudah.

Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada dan Qadar Allah pasti berlaku. kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung Qadar dengan sabar (bahkan) gembira dengan pilihan Allah. (Ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka.

Hakikat ini akan menyebabkan kita akan lebih mendekat kepada agama. Hikmah ini walaupun sebesar atom tetapi bila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Justeru, bila hati baik semua anggota badan menjadi baik. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:
“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” Surah Al Baqarah : 216

Sesungguhnya, dalam ujian Allah terselit nikmat-Nya. Mungkin kita tertanya-tanya apakah nikmatnya bila sakit, miskin, gagal, dihina dan sebagainya? Hendaklah kita faham bahawa nikmat di sisi Allah itu terbahagi dua. Pertama, nikmat lahir. Dan kedua, nikmat batin (rohaniah). Nikmat lahiriah ialah sihat, selamat dan kebaikan fizikal yang lain. Manakala nikmat batiniah ialah nilai-nilai keimanan, keyakinan dan kesabaran. Dengan ujian kesusahan misalnya, barulah terbina sifat sabar. Dan sabar itu adalah separuh daripada keimanan.


Ujian juga akan menghapuskan dosa dan kesalahan seseorang terhadap Allah. Nabi Isa pernah berkata, ”belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.” Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah.

Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.

Jangan sesekali kita menjadi orang yang rugi yakni mereka yang buta daripada melihat hikmah justeru akal dan hati hanya melihat sesuatu yang selari dengan hawa nafsunya sahaja. Ingatan para hamba yang soleh kepada Allah akan bertambah dengan ujian-ujianNya. Mereka merasakan ujian itu satu petanda yang Allah telah memilih mereka.

Mereka sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) bahawa setiap yang berlaku samada pahit atau manis pasti ada hikmahnya. Mereka tidak melihat hanya ’asbab’ (sebab-sebab) tetapi mata hati mereka dapat menjangkau ’musabbabil asbab’ (Penyebab – Tuhan).

Hati mereka berkata:
”Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk ku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapangkan dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmu ku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diri ku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah iman ku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!”

http://genta-rasa.com/2010/01/27/serasikan-tadbir-dan-takdir/#more-762

Sunday, January 31, 2010

Satu Pohon Dosa

Ya Allah,
Ingin sekali aku berpuisi,
Di malam yang dingin ini,
Beserta alunan indah lagu berseni ini….

Pabila kena gabungannya,
Jiwaku turut terasa kesannya,
Jiwa mula luhur,
Hati mula ingin berhibur,
Jariku mula menari,
Untuk merangkap sebuah puisi...

Adakah aku sudah mula sembuh,
Atau aku masih menujunya?
Ku harap Kau bersamaku,
Dalam membantu aku melupakannya...

Segala kesilapan,
Ku akui,
Segala kesalahan,
Aku tenungi,
Maafkan,
Walau telah ku ulangi...

Tak mampu aku putuskan akarnya,
Kerna aku sememangnya seorang pencinta,
Terus aku berjalan,
Dalam mencantas dedaun-dedaunnya,
Bergerak lagi,
Dalam memotong dahan-dahannya...

Namun akhirnya,
Aku perlu bersedia,
Untuk menarik saja akarnya,
Walau kuat cengkamannya,
Walau ia ingin terus menjalar,
Ku harap, kau beri aku kekuatan,
Untuk tetap mencabutnya....

Mungkin ia benar,
Mungkin juga ia salah,
Namun dalam memperbetulkan kesalahanku,
Telah aku berjanji,
Untuk setiap kesalahan,
Perlu ada pembetulan,
Dan langkah pencegahannya,
Perlu lebih mantap dari sebelumnya...

Daun-daun sudah ku cantas dari pepohonnya,
Dahan-dahan juga telah ku potong dari terus mencetus daun,
Sudah tiba masa untuk akarnya...

Selepas ini,
Hal ini, terserah penuh padaMu Ya Allah,
Ilhamkan, aku cara dan keyakinan untuk berusaha dengan cara yang lebih mulia...
Tak mahu lagi, aku menyiram pohon dosa,
Untuk buah-buah dunia.

Satu demi satu pohon, ku harap hilang dari hidupku, sebelum aku bertemu Dia, pasti terbeban jiwaku, jika bekalan yang ku bawa, ialah pohon-pohon dosa semata...

Saturday, January 23, 2010

Seing Good in All

Ketika Cinta Bertasbih Movie

Satu pengajaran

Ku hayati malam,
Sebelum aku lena nyenyak,
Menghayati waktu rehatku,
Yang mungkin pergi saja esok...

Ku mohon maaf,sekali lagi aku tersentak,
Atas kemungkinan,
Kesalahan-kesalahanku...

Tidak pernah disengajakan,
Dalam mengambil hak-mu...

Ku tutup saja mata,
Dan berjalan lalu,
Memaafkan diriku
Meneruskan masa depanku...

Semoga aku pulang, dalam putih lagi bersih





Sekanvas putih, bisa hilang putih kenangannya, kerna satu titik hitam yang menjelma...

Padamlah ia...i wanna walk, with bless.

I miss A.S

Rindukan Bandaraya Alor Setar. Jalannya banyak simpang empat. Just makes me confused. The best part is, u-turn dia dekat-dekat.

Thats my life huh. Ours:)

Thursday, January 21, 2010

Bro,buku dan rezeki.

Tadi aku pegi beli buku. Buku berjilid. Kedai ni harganya murah utk buku nih sahaja. Murah satu ringgit. Huhu. Klau ahli murah lagik tujuh puluh sen.

Kat kedai buku, besala, kita nak bli satu dua buku, tapi beleknya leh sampai belas2 buku...penat klau orang tuh nak tgu. Lebih suka privacy.

Tapi bro nih dah kenal plak muka aku. Sebab aku penah gi ty something. Hik hiks. Kelakau. Dah takder privacy dah. Asek nak bersembang ja.

Sekali tuh, kami cakap pasal sambunk belajar. Yang menyedarkan (sekali lagi)..aku dah tua.

"Ader kakak tuh, umo 28. Master. Tapi lom kawen.." kata bro 1.

"Naper lom kawen" balas sorank lagik kawan dia.

"Sbb master."

Haha, aku gelak dalam hati. Pastu aku tanya,

"Perempuan sambunk master saham jatuh eh?Kenapa orang laki tak suka orang perempuan belajar tinggi?"

"Pandai sangat.." jawab bro 2.

"Depa pandai belajar ja.." balas aku..

"Lelaki ni yang ego kot.." tambah aku lagik..

"Bukan ego, tapi payah.." balas bro 2.

"Perempuan tak penah kisah pun.." tambah aku lagik...tersenyum sendiri. Kan ilmu tuh bagus untuk dicari.

Topik camnih dah selalu sangat diperbincangkan. Sehingga diri aku sendiri pun dah ada jawapan tersendiri dalam persoalan.

Dalam membelek-belek, aku jumpa lagi satu buku tulisan Prof Hamka. Owh yeahh, yeahh, sebulan dua lagik bley beli..

Sembang lak ngan bro 1 nih pasai, kija kat tempat derank kija tuh...pasal temuduga, pasal dia kija baper lama, dan blablabla.

"Kat sini, sebelum panggil temuduga, selalunya, ada penerangan dalam 2-3 jam camtuh...Untuk terang suasana kerja di sini.."

"Oo"..balas aku sambil belek buku lagik..

"Sebab nak bagi depa tau, kalau tak bleh tahan dan terima, mungkin taknak kerja di sini.."

"Oo" Sambil aku wonder apa yang depa nak brief.

"Bila dah ambil bekerja, bukan senang nak buang..Susah bila ada yang curi-curi merokok camtuh, tak boleh kerja kat sini..." sambung bro lagik..

"Oo, klau merokok takleh kija sni ehh..dasat!" aku terkagums..

"A'ah, organisasi ni tak ambik orang merokok.." tambah bro lagik, "Kat sini masuk kija 8.15. 8.15 pagi sampai 9.15 pagi setiap hari ada bacaan Al-Mathurat, Al-Waqiah dan sembayang Dhuha."

Dalam hati aku, pergh bersih hati kija sni.

"Oo, bagusla camtuh...rezeki dari sumber halal, dan ada pembentukan rohani dalam organisasi. Beruntungla kija sini. Sesetengah kerja, kene kuat sendiri-sendiri. Bagusla.." Dalam hati membayangkan situasi tempat-tempat aku pernah bekerja. Huhu..

Rezeki bro la dapat good place camnih :)

Bicara tentang rezeki.

Bila orang cakap rezeki, selalunya bayangan aku adalah - wang dan duit. Dulu.

Terkenang aku masa aku kat matrik. Masa tuh minggu orientasi. Ader kakak fasi. Dia kasi satu kes untuk perbincangan. I can't remember it all, namun mudahnya, ceritanya tentang, ada pasangan suami isteri. Anak-anak yang berjaya. Anak-anak kadang2 bising dengan sikap mak ayah mereka. Sebab, mak ayah derank ni orang susah. Namun setelah anak-anak membesar, anak-anak ramai yang berjaya ni every month derank akan bagi duit kat mak ayah. Dengan harapan, kehidupan mak ayah derank akan berubah. Mak ayah derank ni, ada satu tabiat, suka sedekahkan apa yang mereka ada kepada orang lain, walaupun takder aper dah yang tinggal lagi kat derank. Pulak dah.

Time nih, kena bagi pendapat tentang situasi nih. Tak ingat la, semua orang bagi pendapat ke, or certain-certain orang yang dipilih ja. Aku antara orang yang berkesempatan untuk bagi pendapat. Pendapat aku mudah, anak-anak bagi duit, pakaila, jangan susahkan diri. Masih boleh disedekahkan, namun biarla masih ada jumlah yang boleh menampung diri mereka. Kebanyakan orang pun bagi pendapat camtuh, kecuali..

Ada sorank ni, dia cakap,

Apa yang mak ayah derank buat tuh bagus. Sebab soal rezeki kita tak tahu, mak ayah derank tuh pentingkan orang lain lebih dari mereka pentingkan kesenangan mereka sendiri, sanggup biar diri sendiri susah untuk tolong orang lain.Mungkin, balasan sebenar Allah pada mak ayah nih bukanlah dari sudut kesenangan dan kemewahan, namun, Allah balas dengan balasan yang baik dengan mengurniakan rezeki dari sudut mengurniakan anak-anak yang berjaya dalam kehidupan. Anak-anak ini marah, namun mungkin, anak-anak ini berjaya, hasil dari sikap dan perbuatan mak ayah derank ni yang diberkati. Allah lebih tahu tentang urusan rezeki sesorang.

Keadaan tenang seketika. Semua orang cam diam...

Aku cam freak out.

Cam baik sangat fikiran dia tuh masa tuh aku rasa. Tak penah aku ada kawan yang berfikiran sedemikian masa kat sekolah dlu.

Rezeki. Kita selalu memohon kemurahan rezeki dari Allah.

Keluarga yang baik, pasangan hidup yang sesuai, anak-anak, wang ringgit, berjaya dalam pelajaran, dapat karier yang sesuai, semuanya rezeki.

Allah lebih tahu akan keperluan kita semua. Bersyukurlah dengan bahagian-bahagian rezeki kita. :) Allah tak pernah meninggalkan kita. Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang sentiasa menguruskan dan memberikan rezeki kepada kita semua.


"Ketika Cinta Bertasbih baca?" ty bro 1.
"Owh, Habiburrahman El Shirazy, saya ikut novel-novel dia.." excited bercerita pasal buku aku rasa.

"Dah tgok cerita dia?"
"Belum lagik..ada cd dia ker?"

"Tak, tapi dah tgok kat You Tube..tengokla.." kata bro 1 lagik.
"Ya ka, owh bleh la tgok nanti.." excited lagik ngan citer nih...huhu..

"Ok, jual barang ehh.." ayat penamat bro 1 sambil menghulurkan beg plastik berisi buku-buku dan kalendar 2010.

Wednesday, January 20, 2010

InginkanNya

Nak baca, nak tulis, nak makan, ke nak mandi? Tergedik-gediknya nak tulis.Nafsunya nak tido je la. Tapi nak baca jugak, dan kene makan, dan kene mandi. Mana satu nak wat dlu? Even menda simple camni pun, salu mengelirukan fikiran aku.

Klau ikut hati nak tulis, klau ikut akalnya patutnya kene mandi dlu, pastu makan, menulis, membaca tuh adalah suplementary dalam kes ini. Berbalik kepada matlamat adalah life balance..So, adalah jawapan dia.

Aku ni terlampau cenderung kepada sesuatu. Klau nak sesuatu tuh, hmm..terlampau. Takleh la camtuh kan, hidup sebagai seorang dewasa kene bersederhana, dan melatih diri mengikut peraturan dan keperluan hidup.

Sarapan di waktu pagi adalah sangat tidak disukai. Namun perlu. Huhu..

Tadi timbang berat, 44kg lagi. :) Itulah berat masa form 2.

Semua orang cakap kurus. Dulu nak sangat kurus. Penah dulu mintak doa bagi berat 46kg. Allah makbulkan doa, tapi lewat sikit, dan kita kena redha dengan bagaimana cara Allah makbulkan doa tuh.

Suka ja kurus camnih. Tak penah rasa sesenang ni dalam menyarung baju. Whatever baju pun ok. Mudah. :)

Bila kurus,
"Eh, naper kurus sangat nih, kurus sangat tak cantik!"
"Nampak tak bermaya"
"Kurus dah ni, awat ni, susah hati ker?"
"Kurus ni dah ok, tapi bagi naik skit lagi ok.."
Yang paling besh - "Jie, ko anorexia ke?"

Masa chubby,
"Ai, awat gemuk sangat ni, dok umah kija makan ngan wat taik mata ja ka"
"Jie, dah berisi! Berseri nampak...tapi klau kurus sikit lagi dah cun dah.. "
"Tensen kot ni, asek makan ja."

Tuh la orang tego...Bermakna mereka prihatin pada perubahan diri kita. Ramai yang prihatin. :). Ia lebih bagus daripada orang yang tak prihatin langsung.

To be in both conditions just make me understand better, when someone came to me and said, "sedihla, gemuk sangat ka saya ni..." - ada orang tego la tuh.

Dan ada yang kurus, sampai kita rasa besh, sbb depa leh sarung ja baju apa-apa, bersusah-susah nak gemuk balik. Now i understand it also... I wont said to anybody yang kurus dah, especially ayat-ayat yang berbau..."leh melayang ni dibawa angin..." huhu. Sorry2 If i ever said that before!

Perhaps, I understand both sides. Hayatilah saat ini, ambil hikmah darinya. Itu saja yang membawa bahagia.

Kita selalu gagal untuk menghayati sesuatu yang Allah bagi kita rasa. Kita selalu merasa, "Rumput tetangga lebih hijau"

Tanpa kita mensyukuri, nikmat warna rumput di laman rumah kita sendiri.

Manusia. Sibuk dengan,

Keinginannya.

Pastikah kita keinginan kita itu yang paling tepat untuk kita? Jika jawapannya Ya, fikirkan semula. Kenang kembali perkara-perkara yang sangat-sangat kita inginkan....Dan mendapatnya, adakah perasaan kepuasan itu berkekalan? The more u get, the more u want. Kadangkala keindahan dan keinginan yang kita inginkan itu, tidak seindah dah sesedap bayangan kita, keinginan itu, mungkin pula mendatangkan mudarat dan rasa kecewa.

"Abdul Muluk, Siti Hawa bahagia, Adam sangat sayang Siti Hawa." Bicara nenek Siti Hawa.
"Ya, sekarang, Adamlah punca kebahagiaan Siti Hawa, namun di suatu hari, Adam jugala punca penderitaan Siti Hawa." Balas Abdul Muluk, ayah kepada Siti Hawa.

Puteri Bunian itu, keinginannya adalah Adam, si manusia. Semua perkara sanggup dilakukan demi Adam, pujaan hatinya, sehinggakan, sanggup meninggalkan dunia bunian, bergerak ke dunia manusia, dan membantah perintah ibu dan bapa. Pada mulanya, dia sangat bahagia, namun keinginan itu sendiri lama-kelamaan, membawa penderitaan kepadanya. Bagi yang menonton drama siri Puteri Bunian ini yang pernah disiarkan di tv3 dan di tv9 pada suatu ketika, harap kita semua bijak mengambil pengajaran daripadanya.

Bandingkan pula, sesuatu yang Allah beri, pada mulanya kita rasa sukar, kita rasa taknak, namun, dalam melengkapkan episod hari ini untuk meneruskan hari esok, dan meneruskan kehidupan, kita berusaha menerima, mengubah pandangan kita, melihat yang baik-baik tentangnya, mencari hikmah di sebaliknya, memahami dengan tulus apa yang Allah ingin ajarkan pada kita....

Nikmat rasa itu berbeza. Nikmat rasa menerima apa yang Allah bagi itu, lain rasa sedapnya. Nikmat yang memberi kepuasan, dan ketenangan dalam jiwa.

Keinginan.

Berhati-hati dengan keinginan kita. Keinginan inilah yang selalu dipergunakan oleh syaitan untuk memerangkap dan menghembuskan perasaan-perasaan seperti dukacita,putus asa, iri hati, cemburu dan sebagainya lagi, dalam diri kita.

Di dunia ini, secara umumnya mari kita fikirkan apa yang orang idamkan? Wang, rupa paras,fizikal yang menarik, pasangan hidup yang ideal, kehidupan yang mewah, kerjaya yang glamor, pangkat, dan apa-apa lagik la.

Bagi yang terpedaya, senarai idaman hati ini adalah kesenangan. Namun bagi yang sudah celik dari buta, semua ini adalah satu amanah dan tanggungjawab.

Betul sudah bersedia dan layaknya kita dalam memikul amanah dan tanggungjawab-tanggujawab ini?

Tiliklah diri kita sendiri. Apabila ada sifat-sifat tidak baik dalam diri, telusurilah, mengapa ada perasaan-perasaan sedemikian. Jika ia berpunca daripada keinginan-keinginan kita, berbalik lah pada Allah dalam membetulkan niat, mengapa kita inginkan perkara-perkara ini. Jika benar kita inginkan perkara-perkara ini kerana Allah dan ingin menggunakannya ke jalan Allah, tidak akan wujud perasaan-perasaan yang buruk dalam diri kita.

Niat kita mungkin melencong, betulkan semula.

Nilai kembali, jika sudah diperbetulkan niat,keinginan itu masih dimanipulasi syaitan dan nafsu, perlu ditanya hati itu, apa benar sudah cinta benar dia pada Allah? Jika jawapannya tidak, tumpukanlah, fokuslah dalam perkara-perkara yang mengembalikan cinta padaNya.

Walau apa saja keinginan kita, pastikanlah keinginan kepada keredhaan Allah lebih tinggi daripada segala-galanya. Jangan hanya menggunakan agama untuk memakbulkan keinginan-keinginan di sebalik doa. Jangan hanya berbalik mencari agama untuk menyembuhkan kesedihan di hati kita.

Ikhlaslah dalam beragama. Ikhlas dalam mencari redhaNya. Ikhlas dalam mencari Allah. Jika itu yang kita tanamkan dan inginkan, semua keinginan-keinginan lain akan tumbuh, hanya untuk melengkapkan misi dalam beragama ini, bukan semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.

Berusahalah, dalam membuat senarai keinginan, supaya keredhaan Allah itu, berada di tangga No.1 dalam senarai kita yang panjang tidak terperi.


Monday, January 18, 2010

Belajar dari mereka.


"Fahim, makan nasik.." mama suh makan nasik.
Fahim buat derk.
"Mama suap Su Jie naa..Su Jie mai makan..."
Su Jie pun buat-buat la makan..."Erm, sedapnyaa..Su Jie makann naa Fahim takmau.."
"Arg nak nak, ar nak a-cik(nasik) nak.."
Fahim pun makan.
Bila dia takmau makan, mama kata suap Su Jie, satgi dia mesti nak makan.

Persaingan kasih sayang agaknya. He loves his mom. Orang len takleh dapat perhatian lebih dari dia.

***
Fahim menari-menari. Baling-baling barang. Sue Jie tgh tgok tv, ntah apa Fahim buat, biaq pi..
Dulu dia tukaq channel pakai remote. Su Jie tarik2..tukaq balik.
Pastu dah pandai off tv kat remote lak. Kita on balik.
Pastu dia dah pandai off tv kat remote ngan pi tekan butang off kat tv secara fizikal pulak. Kadang-kadang kita biaq, kadang-kadang bukak balik.
Pastu di suatu hari, haa..off kat remote, off secara fizikal kat tv, pastu tarik kerusi..dier off plaq terus!

Puas hati! Takyah tgok tv!

Nak perhatian lagi.

***
Tgh bukak laptop ni..Sambil tgok fahim men (mengawasi la nih)...Sambil-sambil tuh dok wat kija sendrik ngan laptop.
Memula dia just inkuiri, menda apa nih, mai tekan2..nak tgok ada tindakbalas apa kat screen.
Ari lain dok seronok off pulak, sbb bila off skrin jadi gelap. (Dia rasa satu pencapaian)
Ari lain plak, pantang tgok orang bukak laptop ja terus nak mai tutup. (Ar, tup top arr! (tutup laptop).
Lepas tuh dia duk tutup2 kasar2 laptop nihhh nak kena ar nih! Maksu marah dahhh, mula dah cakap.. "Fahim! Laptop nih Rm3k tau! (Macam la budak tuh paham)-emosi2 "
Lepas tuh, ari len plak, asal nampak ja laptop, on ke tak on ka..cam berdendam ja ngan laptop, nak pijak la, nak tampaq la...haa!

Dah jadi fahim vs laptop!

Laptop kene sorok, takleh letak depan dia! Kene on bila dia dah tidoq, or kena masuk dalam bilik senyap2 jangan kasi dia ikut..

Cuba kita bercakap ngan orang yang tgah khusyuk mengadap laptop. Rasa dilayan dak??? Sakit hati kadang2 cam cakap sorank2..

Patutla Fahim nak tampaq laptop ni!

Nak perhatian lagik!..

***
"Ya Allah Fahim buat apa nih?" Sambil

*** Tgh dok tulis ni, ada ketukan di pintu..
Satu ketukan kecik2.
Satu ketukan besaq2.

"Su Jie, peminat mai nihhh.." Mama yang ketuk besaq tuh..
Huk, Su jie tau dah mesti peminat tuh ialah Ahmad Fahim yang ketuk kecik2 tuh.
(Owh I need a bodyguard untuk menghalang peminat ini ketika memerlukan privasi untuk blogging!)

Su Jie pun kuar dari bilik melayan2 sat, kemudian masuk semula senyap2..

Ok sambung cerita tadikk...

***
"Ya Allah Fahim buat apa nih?" Sambil melihat semburan putih2 ( yang kita guna untuk iron baju bagi keras tuh, ntah apa nama dia) sudah memenuhi karpet.
Marah sat 4 minit. Sambil mengexplain naper tak leh wat.
"Fahim nak buat lagik dak?"
"Amauu" Fahim jawab.
"Btui tak mau?" Sekadar mencari Ya yang ada titik.
"Oo-tuiii"
"Salam mama balik" Mama menghulurkan tangan.
Fahim pun bersalam lepas tuh tgh nangis2 ley heppi balik girang2 bermain.

Sok lusa ka bila ada peluang, asal kita termiss place barang di tempat yang rendah, dia wat lagik...tempat sembur untuk iron tuh favorite dia, foundation pun sebotol leh men picit2, kadang2 ubat gigi, dan apa-apa lagik la yang dia rasa menarik..mekap dan lipstik antara menda yang besh.

Setiap kali ditanya, nak wat lagik dakk..?
Jawapannya - Amauuu...(muka insaf2 sedih, nangissss)
Esoknya buat lagik, kena ingatkan dia lagik. Dan kene beringat, jangan miss place barang2 lagik..

Kadang-kadang mama dia marah kat dia. Klau mama marah, lagik tuh dia tak senang hati. Kena jugak pi salam mama. Bermakna mendapat kemaafan mama. Lepas tuh baru leh men lompat2.

Budak-budak.

Kadang kala, kita bersikap seperti mereka, inginkan perhatian daripada yang disayangi sehingga buat perkara yang bukan-bukan. Jauh dari rasional. Semata-mata inginkan perhatian. :)

Budak-budak, yang besar tidak pernah meninggalkan mereka, kerana kita tahu, mereka tidak berdaya, lemah dan sentiasa memerlukan pertolongan, tunjuk ajar dan perhatian daripada kita.Kita akan sentiasa mengawasi mereka.

Budak-budak, apabila mereka melakukan kesalahan, kita tahu mereka masih kurang pengetahuan, perlu terus diajar dan didisiplinkan dengan cara yang tertentu.

Seperti anak yang sayangkan ibunya. Seperti ibu yang sayangkan anaknya. Setiap kali anak melakukan kesalahan, pasti dimaafinya. Semata-mata kerna, kasih-sayangnya yang sebesar lautan untuk anaknya.

Namun kita tetap manusia biasa, walaupun lebih besar daripada mereka, kita masih terus belajar daripada mereka dan memperbetulkan kesalahan dalam diri kita.

Dan Allah juga yang Maha Esa. Allah yang menciptakan kita. Allah yang Maha Besar daripada kita semua.

Sebagai manusia, Allah Yang Maha Besar tidak pernah meninggalkan kita, kerana Allah tahu, kita sebagai hambaNYA, sifatnya tidak berdaya jika ingin dibandingkan denganNYA, lemah dan sentiasa memerlukan pertolongan, tunjuk ajar dan perhatian daripadaNYA.Allah akan sentiasa mengawasi kita.

Manusia, apabila kita melakukan kesalahan, Allah tahu kita masih kurang pengetahuan, perlu terus diajar dan didisiplinkan dengan cara yang tertentu. Ikhlaslah dalam menerima didikanNYA dalam mendapatkan keredhaanNYA. Kadang-kadang perit dan sempit kelihatannya, namun itulah didikan untuk mengajar dan mendisiplinkan kita.

Seperti anak yang sayangkan ibunya. Seperti ibu yang sayangkan anaknya. Setiap kali anak melakukan kesalahan, pasti dimaafinya. Semata-mata kerna, kasih-sayangnya yang sebesar lautan untuk anaknya.

Jika kasih Ibu sudah sebesar lautan, kasih Allah sebesar mana? Setiap kali kita melakukan kesalahan, janganlah terus berpaling dari kebenaran dan membenarkan kesesatan. Kita lemah, lagi memerlukan pertolongan dan tempat bergantung. Mohonlah ampun daripadaNYA. Allah itu Maha Penyayang, berpalinglah selalu kepadaNYA. Bersangka baik padaNYA, untuk mengampunkan kita. Allah beserta sangkaan hambaNYA. Allah akan ampunkan kita, semata-mata kerna, kasih-sayangnya pada kita. Allah Maha Penyayang, yang kasihnya melebihi segala jenis kasih-sayang di dunia atau di mana saja.

Ya Allah,hanya padaMu tempat kami bergantung harap. Ya Allah Yang Maha Memahami segala isi hati, berikanlah ketenangan pada hati ini dengam memberi kemaafan dan keredhaan kepada kami. Ya Allah Yang Maha Memberi, kurniakanlah jalan penyelesaian terbaik, sepanjang perjalanan kami dalam menujuMu Ya Rabbi.


p/s : fahim nanti dah besa2 baca menda ni - : maksu adalah kawan fahim yang ntah paper.Suka kaco fahim!!..Aidid!..aidid dok ngan Tok, aidid tak duk ngan maksu(huk huk)..kadang2 ja jumpa..i dont have the chance to observe you 24 hours a day consistently...suh abah balik sni kerap2 lagi., lama2 lagik.hikhikhik..nanti maksu suh teh-teh buat blog...cik yan pun ok...cu-ika pun bley la...banyaknya makcik aidid firas! :)